Pages

Friday 2 November 2012

Abuya kembali meniti dibibir setiap rakyat Malaysia

Abuya kembali menjadi bualan seluruh rakyat Malaysia. Mendapat liputan meluas di dada pelbagai media akhbar dan juga kaca TV. Terimakasih kita ucapkan kepada JAIS yg menyerbu Majlis Malam Musikal Teater memperingati Milad Abuya yg ke 75. Justeru itu, mesej yang nak disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia kini di promosikan oleh media seluas luasnya. Mesej besar bahawa Abuya terus memimpin walaupun ghaib. Akan kembali zahir bersama Imamul Mahdi tidak lama lagi. Isu sesat majlis fatwa dah lama basi dan tidak dihiraukan oleh masyarakat. Buktinya, Global Ikhwan makin aktif, membesar dan berpengaruh dalam dan luar negeri. Siapa yang mendokongnya kalau bukan masyarakat Malaysia selama ini!  Dari era kampung dizaman Arqam, disambung dengan era bandar di zaman Rufaqa. Kini di era Global Ikhwan, Abuya telah bertapak dibanyak tempat membuka bandar dan projek di arena antarabangsa. Orang-orang Global Ikhwan saban hari berulangalik dari Mekah, Madinah, Kaherah, Jordan, London, Manchester, Paris, Frankfurt, Perth, Sydney, Kunming, Tashkent, dan banyak lagi sedang diterokai. Global Ikhwan yang berpusat di Malaysia sekarang ini telah berpindah HQnya dan beroperasi dari Mekah. Moga-moga seluruh rakyat malaysia boleh berfikir dan menilai dengan fikiran terbuka dan waras. Betulkah mereka sesat kalau begini membesarnya mereka? Mampukah orang yg sesat berpusat di Mekah dan membina empayar sebegini besar tanpa bantuan bank! Rakyat Malaysia mula mencari-cari jawapannya. Siapa sebenarnya Abuya?




















No comments:

Post a Comment