Pages

Friday 2 November 2012

Abuya kembali meniti dibibir setiap rakyat Malaysia

Abuya kembali menjadi bualan seluruh rakyat Malaysia. Mendapat liputan meluas di dada pelbagai media akhbar dan juga kaca TV. Terimakasih kita ucapkan kepada JAIS yg menyerbu Majlis Malam Musikal Teater memperingati Milad Abuya yg ke 75. Justeru itu, mesej yang nak disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia kini di promosikan oleh media seluas luasnya. Mesej besar bahawa Abuya terus memimpin walaupun ghaib. Akan kembali zahir bersama Imamul Mahdi tidak lama lagi. Isu sesat majlis fatwa dah lama basi dan tidak dihiraukan oleh masyarakat. Buktinya, Global Ikhwan makin aktif, membesar dan berpengaruh dalam dan luar negeri. Siapa yang mendokongnya kalau bukan masyarakat Malaysia selama ini!  Dari era kampung dizaman Arqam, disambung dengan era bandar di zaman Rufaqa. Kini di era Global Ikhwan, Abuya telah bertapak dibanyak tempat membuka bandar dan projek di arena antarabangsa. Orang-orang Global Ikhwan saban hari berulangalik dari Mekah, Madinah, Kaherah, Jordan, London, Manchester, Paris, Frankfurt, Perth, Sydney, Kunming, Tashkent, dan banyak lagi sedang diterokai. Global Ikhwan yang berpusat di Malaysia sekarang ini telah berpindah HQnya dan beroperasi dari Mekah. Moga-moga seluruh rakyat malaysia boleh berfikir dan menilai dengan fikiran terbuka dan waras. Betulkah mereka sesat kalau begini membesarnya mereka? Mampukah orang yg sesat berpusat di Mekah dan membina empayar sebegini besar tanpa bantuan bank! Rakyat Malaysia mula mencari-cari jawapannya. Siapa sebenarnya Abuya?




















Thursday 1 November 2012

Persembahan Teater Musikal Islam

Pada malam 31 Okt 2012, bertempat di Celebration Mall Bandar RSA BCH, sebuah teater Musikal Islam bertajuk "Abuya terus memimpin walaupun ghaib" mendapat sambutan lebih dari 2000 penonton yang hadir mengikut lapuran dari wartawan News Straits Times. Teater Musikal ini memberi inspirasi kepada wartawan tersebut untuk menulis artikel yang bertajuk "Growing stronger despite ban". Beliau melihat Global Ikhwan semakin membesar dan kuat walaupun telah diharamkan. Berpengaruh dengan rangkaian di benua Asia, Timur Tengah dan Eropah. Malam penutup 1 Nov 2012, mulai jam 9 malam, sambutan Milad Abuya ini akan dimeriahkan lagi dengan teater musikal yang bertajuk "Daulah Islamiah" yang akan disiarkan secara live telecast keseluruh dunia di www.ustream.tv/channel/milad-abuya.


















Majlis Meraikan Pengantin


Majlis meraikan 10 pasangan pengantin di Bandar RSA BCH Rawang. Di meriahkan lagi dengan Pulut kuning terpanjang dalam sejarah GISB iaitu sepanjang 24 kaki. Diraikan pada hari 31 Oktober 2012 iaitu hari kedua sambutan Milad Abuya.